29 Jun 2012 - 05:22

Yayasan Pengguna Nasional Perancis mengesahkan kewujudan alkohol di dalam minuman Pepsi dan Coca-cola, dengan ini minuman tersebut terkeluar dari senarai halal

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Majalah Perancis 'Le Point' menyiarkan sebuah artikel daripada Yayasan Pengguna Nasional yang menyatakan minuman berkarbonat Coca-cola dan Pepsi mengandungi alkohol.

Menurut artikel tersebut, "Di antara 10 jenis minuman berkarbonat Coca-cola dan Pepsi yang berada di pasaran, Coca-cola dan Pepsi mengandungi 10 miligram alkohol".

Tambahannya lagi, "Kewujudan sejumlah alkohol di dalam beberapa minuman telah menimbulkan masalah kepada umat Islam dan ianya terkeluar dari senarai produk halal."

Sebaliknya syarikat Coca-cola memberikan reaksi yang berbeza dengan menganggap kewujudan alkohol tersebut adalah biasa dan memang sudah diketahui oleh kerajaan. Beliau turut mengecam tindakan orang ramai yang terkejut dengan pendedahan tersebut.

Walau bagaimana pun syarikat Pepsi menafikan kewujudan alkohol dalam produk mereka.

Kontroversi alkohol dalam minuman berkarbonat tersebut telah menyebabkan fatwa pengharaman produk itu tersebar luas di kalangan masyarakat Islam.